Thursday, January 6, 2011

TEKNIK-TEKNIK MENGULANGKAJI PELAJARAN

Oleh: UMMU NUR FARHANAH BINTI ZULKEFLY

Pengenalan Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuanmemahami, dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

 Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah dengan:

1.    Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan
2.    kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

3.    Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yangdimuatkan.

4.    Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

5.    Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.

6.    Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda
7.    akan dapat menjawab dengan yakin.

8.    Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.


Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini
dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas. Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah
anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda. Merancang Program Mengulangkaji :

v  Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.

v  Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.

v  Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

v  Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.

v  Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.

v  Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

v  Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

v  Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

v  Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru anda.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji Mata Pelajaran Yang Anda Lemah:

- Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.

- Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.

Mata Pelajaran Yang Anda Kuat:

- Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya

No comments:

Post a Comment