Thursday, January 6, 2011

SIRAH RASULULLAH S. A. W

PENDIDIKAN DI ZAMAN RASULULLAH S. A. W:
-OLEH: WAN NOOR DIAN SURIA BINTI A. MAHAT
Pendidikan islam bermula selepas nabi Muhammad menerima wahwu pertama yang menyuruh membaca, menulis, dan menyelidik. System pendidikan yang dilakukan oleh nabi Muhammad S.A. W bersumberkan wahyu. Pendidikan di Mekah menitik beratkan dua perkara iaitu akidah dan akhlak. Diperingkat awal baginda menyampaikan pendidikan dengan secara berhikmah tertumpu dikalangan ahli keluarga terdekat. Mereka yang menerima pendidikan Islam dari kalangan :

i-                    kaum wanita - Khadijah Binti Khuwalid
ii-                   kanak-kanak - Ali Bin Abi Tholib
iii-                 remaja -Zaid Bin Harithah.
iv-                 dewasa - Abu Bakar As-siddiq, Othman Bin A’ffan, Abdul Rahman Bin A’uf, Tolhah Bin Ubaidah, dan lain-lain lagi.

3 tahun kemudian, baginda menyampaikan pendidikan secara terbuka iaitu ditumpukan dikalangan semua penduduk-penduduk Mekah. Cara pendidikan seperti memberi syarahan di Bukit Soffa dan dihadiri oleh hampir semua penduduk Mekah. Seterusnya, baginda menyampaikan pendidikan Islam di tempat-tempat awam seperti dikawasan Ka’abah, di Sauqul A’kaz, berkunjung ke rumah-rumah penduduk Mekah.
Penduduk Islam di Madinah bermula selepas Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dengan memberi tumpuan kepada aqidah, akhlak, dan syariah. Dasar pendidikan ditumpukan kepada semua penduduk Madinah. Baginda menyampaikan pendidikan di masjid Annabawi bagi orang-orang dewasa dan remaja. Dikalangan kanak-kanak di Darul Kittab dan Darul Qur’an.
Pengajaran dan pembelajaran di Madinah meliputi mata pelajaran yang boleh memberi kesejahteraan dan kejayaan hidup di dunia serta kebahagian hidup di akhirat. Perkembangan Islam telah meliuas di seluruh semenanjung tanah Arab untuk memenuhi keperluan pendidikan rakyat. Rasulullah telah melantik beberapa orang guru untuk mengajar di dalam negeri dan luar negeri. Contohnya, Mu’az Bin Jabal mengajar pendidikan Islam di Yaman.
Baginda menentukan satu hari yang khas untuk menyampaikan pendidikan Islam kepada kaum wanita. System pendidikan zaman Rasulullah merupakan pendidikan yang paling sempurna ia menjadi contoh dan ikutan hingga ke akhir zaman. Yang rapat melahir manusia bertakwa, seimbang, dan harmoni. 

No comments:

Post a Comment